utama

Remaja berani, penculik dicekup

Oleh Mohd Sabran Md Sani

TINDAKAN berani remaja perempuan membuka pintu kereta bergerak untuk menyelamatkan dirinya daripada diculik di Bukit Samsu Kota Tinggi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian pada 8.45 malam selepas mangsa, 15, bersama rakan-rakannya berada di hadapan kedai sebelum ditarik suspek yang menaiki kereta berseorangan diri.

"Suspek kemudian cuba memecut melarikan mangsa sebelum mangsa melepaskan diri melalui pintu yang belum berkunci," katanya mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa cedera pada tangan, kaki dan badan akibat terjatuh di atas jalan.

Katanya, kenderaan suspek terbabas sebelum suspek ditahan orang awam dan diserahkan kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 9:43am
d