utama

Elak tekanan [METROTV]

Oleh Saiful Affendy Sapran & Ferzalfie Fauzi

Sepang: Meskipun sudah memegang status juara dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia, atlet paralimpik negara Ziyad Zolkefli tidak mahu terlalu melaungkan keyakinan mampu menghadiahkan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) bulan depan.

Jelas Ziyad, dia tidak mahu meletakkan tekanan ke atas dirinya sendiri kerana mahu memastikan dapat memberikan yang terbaik pada temasya dwitahunan itu.

“Saya tak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi sebab saya tak mahu akhirnya nanti mengecewakan diri sendiri.

“Ini pengalaman pertama saya bersaing bersama atlet normal. Jadi saya mahu menikmati suasana beraksi di Sukan SEA.

“Sudah tentu saya mahu melakukan yang terbaik tapi tak mahu terlampau ingin menang,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 5:10am
d