mutakhir

Pemandu treler tersepit

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan pemandu treler yang tersepit selepas treler dipandunya terbabit dalam kemalangan di lebuh raya Taman Perling ke Pasir Gudang, Johor Bahru, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Zainal Leman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.02 petang sebelum 10 anggota bomba ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya yang tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian mendapati seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Rofizoo Mohammad @ Mohd Noor, 42, tersepit dalam treler jenis Scania.

"Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mangsa didapati cedera ringan dan tidak dapat bergerak selepas diselamatkan," katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 6.26 petang.

Disiarkan pada: July 26, 2017 @ 10:13pm
d