mutakhir

Fidget spinner 'makan' jari

Oleh Recqueal Raimi

KANAK-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit apabila jari tengah tangan kanannya bengkak akibat tersepit pada fidget spinner di rumahnya di pekan Kota Belud, semalam.

Dalam kejadian 6.50 petang itu, mangsa yang dihantar ke Hospital Kota Belud terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan alat permainan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Kota Belud pada 6.59 petang.

"Seramai lapan anggota ke hospital berkenaan dan sebaik tiba, kita dapati jari tengah mangsa tersepit pada lubang alat permainan spinner dan membengkak.

"Kita mengambil masa 10 minit mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Roslan berkata, mangsa kemudian diberi rawatan lanjut di hospital berkenaan.

Disiarkan pada: August 14, 2017 @ 3:58pm
d