mutakhir

Silau sebelum terbabas

Oleh Khairul Najib Asarullah Khan

SEORANG wanita terselamat selepas kereta dipandu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter di Jalan Bukit Mantin, di Mantin, pagi ini.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun memandu kereta Proton Saga dari Kajang, Selangor dalam perjalanan ke tempat kerja di Seremban.

Difahamkan, sebaik melalui jalan yang berbukit itu mangsa dipercayai mengalami silau akibat lampu kenderaan lain dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Hamizin Khaidir berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 7.03 pagi.

Katanya, sejurus tiba bomba mendapati kereta mangsa berada dalam gaung terbabit.

"Kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta sebelum berjaya dibawa naik.

"Mangsa tidak cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 11:18am
d