arena

Belasah Filipina mara ke separuh akhir

Oleh Jumiati Rosly

PASUKAN bola jaring Malaysia menewaskan Filipina dengan berpesta jaringan 96-11 pada perlawanan keempat untuk mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir pada KL2017.

Kejayaan itub meletakan selaku pendahulu pusingan kelayakan.

Pasukan negara tidak mensia-siakan peluang mengumpul sebanyak mata sebaik saingan di suku pertama dimulakan - mengumpul 26-2 mata diikuti 24-2, 25-3 dan 21-4 pada suku berikutnya.

Malaysia menamatkan saingan pusingan kelayakan dengan merekodkan kejayaan perlawanan apabila mengumpul lapan mata.

Kemenangan menundukkan Filipina adalah jaringan terbesar pada temasya kali ini.

Pasukan negara yang diletakkan sandaran pingat emas bagi membaiki kekecewaan temasya lalu apabila tewas kepada Singapura dalam perebutan pingat emas dua tahun lalu akan bertemu Brunei, esok.

Thailand akan berdepan Singapura pada satu lagi separuh akhir.

Disiarkan pada: August 18, 2017 @ 4:55pm
d