utama

Emas ragbi 7s milik kita

Oleh Farah Azharie

SKUAD ragbi lelaki 7 sebelah Malaysia merangkul pingat emas selepas menewaskan Singapura 22-7 pada final di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, hari ini,

Malaysia mencatatkan try menerusi Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, Muhammad Zulhisham Rasli, kapten Zulkiflee Azmi dan Mohamad Nur Azri Azmi.

Thailand pula menewaskan juara bertahan Sukan SEA 2015 Filipina 26-7 untuk meraih gangsa.

Sementara itu, pasukan ragbi wanita 7 sebelah negara meraih gangsa selepas menewaskan Filipina 7-5 pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Siti Farhanita Maddin meraih try buat Malaysia dan Rozliana Mohd Ridwan menyempurnakan conversion.

Emas milik Thailand selepas menewaskan Singapura 17-10.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 6:57pm
d