2057

Tewas tipis 1-2 kepada Indonesia

Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

IMPIAN skuad futsal wanita negara meneruskan rentak kemenangan lebur apabila tewas 1-2 kepada Indonesia di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, hari ini.

Indonesia membuka tirai jaringan menerusi Novita Murni Piranti yang menyudahkan hantaran Rani Mulya Sari pada minit ke-11.

Indonesia yang dilihat lebih banyak melakukan serangan, hampir menambah jaringan pada minit ke-15, namun percubaan Dinar Kartika Sari sekadar singgah di palang gol.

Ketika Malaysia berusaha untuk menyamakan kedudukan, Indonesia menambah jaringan kedua hasil percubaan Susi Susanti pada minit ke-20.

Malaysia beraksi lebih baik di babak kedua dan mendapat peluang terbaik merapatkan pada minit ke-27, namun percubaan Farah Najihah Abdul Aziz diselamatkan penjaga gol, Citra Adisti.

Jaringan tunggal skuad negara terhasil pada minit ke-32 selepas Norhawa Md Yasin menyempurnakan hantaran Nur Shazreen Munazli.

Ketumpulan jentera serangan Malaysia untuk menyudahkan beberapa peluang menyaksikan keputusan 2-1 memihak Indonesia kekal hingga wisel penamat.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 7:01pm
d