arena

Sikit lagi dapat emas

Oleh Farah Azharie

PELUMBA negara Mohd Shahrul Mat Amin meraih pingat perak dalam acara Mass Start atau lepas beramai-ramai jalan raya lelaki di Dataran Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.

Shahrul ketinggalan 0.04 saat di belakang pemenang emas dari Thailand, Nawuti Liphongyu yang mencatatkan masa 3 jam 26 minit manakala pelumba Vietnam Mai Nguyen Hung meraih gangsa selepas melengkapkan perlumbaan sejauh empat pusingan membabitkan jarak 141.6 kilometer.

Juara bertahan acara ini, Mohd Harrif Saleh dari Malaysia hanya menduduki tangga ke-30 dengan masa 3:31:58.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 3:03pm
d