arena

Bawa pulang dua gelaran Mr Asia

Oleh Azlan Muhammad Zain

DUA gelaran Mr Asia diraih atlet bina badan negara apabila memenangi emas pada Kejohanan Bina Badan Mr Asia 2017 di Seoul, Korea Selatan malam tadi.

Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah tampil cemerlang apabila mempertahankan emas dalam kategori athletics physique 167sm selain Malvern Abdullah yang menjuarai kategori bawah 60kg.

“Walaupun bina badan tidak dipertandingkan di Sukan SEA, kami tetap membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa di pentas Asia.

“Sesuatu yang merugikan apabila bina badan tidak dipertandingkan di Sukan SEA. Bagaimanapun kami tetap berbangga dapat menyumbangkan emas untuk negara walaupun di pentas yang berbeza,” jelas Syahrul Azman.

Perak diraih Buda Anchah bagi bawah 70kg selain gangsa dalam kategori Masters (umur 40-50 tahun). Satu lagi gangsa turut disumbang Awang Mohamad Azizul Ghani bagi kategori bawah 75kg.

Disiarkan pada: August 25, 2017 @ 9:39am
d