utama

Emas Fauzi lengkapkan sasaran PESAKA

Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Mohamad Zulfaizan Mansor

FAUZI Khalid menyempurnakan sasaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) apabila meraih emas kelapan skuad silat di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Fauzi menewaskan pesilat Vietnam, Tran Dinh Nam 4-1 pada aksi final acara tanding kelas F lelaki.

Tidak sampai lima minit selepas itu Siti Rahmah Mohamed Nasir membuktikan dia sememangnya juara dunia apabila meraih emas kesembilan skuad silat apabila mudah menumpaskan pesilat Indonesia, Pipiet Kamelia 5-0 pada final kelas E wanita.

Terdahulu, seorang lagi juara dunia, Mohd Al Jufferi Jamari meraih emas ketujuh negara apabila diisytiharkan pemenang kelas E lelaki selepas lawannya, Pham Tuan Anh dari Vietnam menarik diri pada pusingan kedua akibat kecederaan.

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 4:40pm
d