mutakhir

Kuarters guru hangus

Oleh Ayusliza Azizan

DUA unit kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Jemaah, Klang musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan

Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.06 pagi.

"Lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas bergegas ke tempat kejadian.

"Dua unit kuarters guru sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran itu," katanya.

Alimaddia berkata, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya tidak lama kemudian dan tiada mangsa terbabit kerana kuarters itu kosong atau tiada penghuni.

Katanya, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: September 15, 2017 @ 2:54pm
d