TAHAP kesihatan personaliti popular Datuk Mahadzir Lokman didapati bertambah baik dan kini tidak memerlukan bantuan pernafasan.
Mahadzir kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas didapati tidak sedar diri di kediamannya pada 24 September lalu.
Menurut adiknya Danial, walaupun badan masih lemah, abangnya boleh melakukan fisioterapi ringan.
"Alhamdulillah, dia tidak perlu bergantung kepada bantuan pernafasan. Abang boleh bercakap dan keadaannya sudah tidak kritikal," katanya.
Danial berkata, abangnya akan dipindahkan dari ICU ke wad biasa apabila kesihatannya mula stabil.
"Doktor masih memantau abang. Terima kasih di atas doa dan keprihatinan anda semua," katanya.
Berita berkaitan:
Disiarkan pada: September 29, 2017 @ 2:19pm