mutakhir

Banjir Kota Belud pulih

Oleh Recqueal Raimi

BANJIR di Kota Belud semakin pulih apabila hanya 837 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada 8.30 malam, berbanding 2,039 orang, tengah hari tadi.

Ia membabitkan 415 dewasa, 352 kanak-kanak, 28 bayi, 38 warga emas dan 4 orang kurang upaya (OKU).

Mangsa yang membabitkan 287 keluarga itu ditempatkan di lima PPS di daerah berkenaan.

Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata, ia susulan keadaan cuaca yang semakin baik.

"Bagaimanapun, semua anggota APM masih giat memantau lokasi banjir untuk memastikan penduduk dapat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat," katanya.

Beliau berkata, lima PPS yang masih dibuka adalah Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi dan Dewan SK Pekan Kota Belud.

"Dua PPS yang sudah ditutup iaitu di Dewan Muhibbah Tombol dan Dewan Tun Said, yang sebelum ini menempatkan 1,202 mangsa banjir," katanya.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 11:12pm
d