mutakhir

[UPDATE] Hantar jenazah ke Indonesia malam ini [METROTV]

Oleh Shamsul Munir Safini

KESEMUA tujuh jenazah wanita warga Indonesia yang maut dalam kemalangan membabitkan dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan dekat Juru akan dihantar pulang ke Indonesia malam ini dan dijangka tiba esok.

Timbalan Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Osrinikita Zubhana berkata, kesemua jenazah akan dihantar menggunakan penerbangan dan kosnya akan ditanggung pihak kilang tempat mereka bekerja.

Beliau berkata, empat mangsa berasal dari Medan manakala selebihnya masing-masing berasal dari Jawa tengah, Jawa Timur dan Acheh.

Katanya, pihaknya sudah memperoleh surat pelepasan dan dokumen yang berkenaan daripada pihak hospital dan polis.

“Kita berharap semuanya dapat berjalan lancar dan jenazah dapat diuruskan secepat mungkin,” katanya.

Berita berkaitan

Bawa waris mangsa ke sini

Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Disiarkan pada: October 25, 2017 @ 4:59pm
d