mutakhir

Parah di kepala, putus kaki kanan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PENUNGGANG motosikal maut dalam keadaan putus kaki kanan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran susur Senawang, hari ini.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Muhamad Faizal Eddley, 22, menunggang secara berkumpulan bersama rakan lain dalam perjalanan dari arah Seremban ke Senawang.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal Modenas Kriss yang berada di laluan kiri.

"Kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas merempuh penghadang jalan.

"Mangsa tercampak dan parah di kepala serta putus kaki kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, penunggang Modenas Kriss hanya cedera ringan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: November 12, 2017 @ 3:33pm
d