arena

Peru terakhir layak Piala Dunia 2018

LIMA: Jefferson Farfan dan Christian Ramos meledak gol bagi membantu Peru layak ke Piala Dunia kali pertama sejak 1982, mengalahkan New Zealand 2-0 sebentar tadi untuk meraih slot terakhir ke pusingan akhir di Russia tahun depan.

Farfan menyumbat gol pada minit ke-27 manakala Ramos pada minit ke-65 bagi membolehkan “Los Incas” mencatat penampilan kelima keseluruhan pada Piala Dunia dan kali pertama dalam tempoh 35 tahun.

Mereka layak 2-0 secara agregat selepas seri aksi playoff pertama 0-0 di Wellington minggu lalu. - AFP

Disiarkan pada: November 16, 2017 @ 12:26pm
d