mutakhir

Digegar gempa bumi awal pagi

Oleh BERNAMA

GEMPA bumi kuat berukuran 6.8 skala Richter melanda Kepulauan Loyalty, berhampiran New Caledonia pada 6.43 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak di 21.3 darjah selatan dan 168.8 darjah timur kepulauan di Lautan Pasifik.

Kedudukan pusat gempa turut terletak 6,178 kilometer tenggara dari Semporna, Sabah.

Bagaimanapun gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Disiarkan pada: November 20, 2017 @ 10:48am
d