global

15 korban banjir di Thailand

Oleh AFP

JUMLAH korban akibat banjir besar yang melanda selatan Thailand sejak beberapa minggu lalu, meningkat kepada 15 orang.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana Thailand, musim hujan yang bermula lewat bulan lalu menyebabkan banjir di lapan wilayah di selatan Thailand.

Bencana itu juga menjejaskan hampir sejuta penduduk di wilayah berkenaan.

Seorang pegawai jabatan itu memberitahu AFP, seramai 15 mangsa dilaporkan mati akibat lemas.

Seminggu lalu hanya lima kematian dicatatkan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand Wanchai Sakudomchai berkata, hujan dijangka berterusan hingga pertengahan bulan ini, termasuk hujan lebat yang dijangka pada 6 hingga 8 Disember.

Disiarkan pada: December 5, 2017 @ 6:55pm
d