mutakhir

Patah tangan van terbalik

Oleh Rosliza Mohamed

PEMANDU van klinik kesihatan di Kota Bharu patah tangan selepas kenderaan dipandunya terbalik di Kampung Padang Raja, Melor, 12.15 tengah hari tadi.

Pemandu berusia 30-an menerima rawatan lanjut di klinik berhampiran.

Difahamkan, kenderaan dipandunya sendirian terbabas sebelum terbalik ketika dalam perjalanan menghala ke Melor untuk mengisi minyak.

Saksi kejadian yang dikenali Azman, 42, berkata, dia tiba di tempat kejadian ketika kenderaan itu sudah terbalik dengan keempat-empat tayar berada di atas.

"Pemandunya selamat dan dikeluarkan orang awam untuk dihantar ke klinik berhampiran.

"Berkemungkinan pemandu van itu cuba mengelak takungan air di atas jalan sebelum hilang kawalan dan terbalik. Nasib baik kenderaan tidak masuk ke longkang berhampiran," katanya.

Menurutnya juga, tiada penumpang di dalam van berkenaan ketika kejadian.

Disiarkan pada: January 21, 2018 @ 2:56pm
d