utama

Paling indah dalam 150 tahun

Oleh Agensi

Pengkaji bintang dan peminat astronomi di seluruh dunia dikagumkan dengan fenomena supermoon yang jarang berlaku dan belum pernah dilihat sejak 150 tahun, apabila ia menerangi ruang angkasa bumi, kelmarin.

Ada yang sanggup menunggu sejak jam 10 malam sebelumnya semata-mata melihat fenomena unik itu yang kebanyakannya disaksikan di timur Afrika, Asia Barat serta Asia, Russia, Australia dan New Zealand bergantung kepada cuaca baik.

Bagaimanapun, waktu siang di Amerika Selatan, Afrika serta Eropah ketika itu menyebabkan kawasan berkenaan tidak dapat menyaksikan fenomena itu sepenuhnya.

Supermoon biru berdarah hasil bulan biru - bulan penuh kedua dalam satu bulan kalendar - berlaku serentak dengan supermoon, ketika bulan berada di perigi dan 14 peratus lebih terang berbanding biasa.

Ia bergabung dengan bulan berdarah - saat gerhana bulan apabila bulan yang dibayangi Bumi menjadi kemerahan.

Kali terakhir gerhana penuh bulan biru di hemisfera timur pada 1982, namun di hemisfera barat, hemisfera selatan kali terakhir melihat fenomena itu pada 1866.

Berita berkaitan

Redah hujan lihat gerhana [METROTV]

Teruja

Saksikan kekuasaan Allah, malam ini

Sekali dalam 265 tahun [METROTV]

Disiarkan pada: February 2, 2018 @ 3:49am
d