mutakhir

Mayat rentung bawah bumbung

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

LELAKI warga Indonesia berusia 50-an mati rentung apabila rumah didiaminya di dalam dusun buah-buahan berhampiran Nilai Perdana, Nilai, terbakar petang hari ini.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.08 minit petang daripada orang awam berhubung kebakaran rumah di dalam dusun berkenaan.

Katanya, dua jentera dari BBP Seremban 2 dengan kekuatan 14 anggota bergegas ke lokasi dan sampai beberapa minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati struktur rumah papan yang terletak di tengah dusun buah-buahan itu sudah terbakar 100 peratus.

“Ketika mengalihkan bumbung untuk memadamkan kawasan kebakaran, anggota bomba menemukan satu mayat rentung.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Disiarkan pada: March 9, 2018 @ 7:18pm
d