rap

Semoga jadi anak solehah : Afgan

Oleh Norhayati Nordin

PENYANYI popular Indonesia, Afgan, 29, berasa tidak sabar untuk bertemu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan bayi sulung perempuan yang baru dilahirkan penghibur tersohor tanah air itu.

Afgan menerusi sidang video bersamanya di Sony Music, hari ini untuk promosi single Heaven berkata apapun, dia mengucapkan tahniah kepada Siti dan suami, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa di atas kelahiran puteri mereka.

"Syukur, saya tumpang gembira dengan berita kelahiran anak sulung Siti.

"Kami pun sudah kenal lama dan pernah bekerjasama dalam beberapa persembahan.

"Akhirnya, zuriat ditunggu-tunggu dimiliki juga. Tahniah daripada saya buat Siti dan keluarga," katanya.

Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza berkata rasa macam tidak sabar untuk bertemu Siti dan bayinya.

"Apapun, semoga sihat saja buat ibu dan anak. Didoakan juga semoga bayi itu menjadi anak solehah," katanya.

Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu kini muncul dengan single trio baru berjudul Heaven yang dihasilkan bersama penyanyi Randy Pandugo dan Isyana Sarasvati.

Disiarkan pada: March 21, 2018 @ 7:48pm
d