mutakhir

Paip pecah punya pasal

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

KESESAKAN teruk hampir lima kilometer di laluan Lebuhraya MRR2 dari arah Ulu Klang ke Ampang ekoran kejadian paip pecah berhampiran Dataran Ukay, hari ini.

Jurucakap sistem maklumat pengangkutan bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, paip pecah berkenaan menyebabkan laluan tiga lorong MRR2 berhampiran Dataran Ukay ditenggelami air.

Paip berkenaan dipercayai pecah di tapak pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) kira-kira 5 pagi.

Ia turut menyebabkan lorong kiri laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Sehingga 9.30 pagi tadi, laluan berkenaan masih dipenuhi air dan kebanyakan pengguna terpaksa meredah air yang bertakung.

Disiarkan pada: March 30, 2018 @ 9:58am
d