arena

Lukaku, Sanchez menjadi

LONDON: Manchester United kembali merampas kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 2-0 di laman sendiri mengatasi Swansea City sebentar tadi, sejam selepas Liverpool memintas mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace.

Skuad kendalian Jose Mourinho masih 13 mata di belakang pendahulu, Manchester City, yang berkunjung ke Everton dalam perlawanan selepas ini menjelang pertemuan tetangga Manchester, Sabtu nanti.

Romelu Lukaku mencipta jaringan ke-100 liga dengan menjaringkan gol pertama dalam lima minit pertama ketika United mendominasi Swansea yang dipimpin pengurus, Carlos Carvalhal.

Alexis Sanchez menambah jaringan kedua sebelum rehat dan United mencipta kemenangan selesa.

- REUTERS

Disiarkan pada: April 1, 2018 @ 12:53am
d