arena

Siti Zalina, Emma mara final

Oleh Daripada Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid di Gold Coast

SITI Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji memastikan sekurang-kurangnya pingat perak sudah berada dalam genggaman apabila mara ke final acara pairs wanita di Broadbeach Bowls Club, hari ini.

Gandingan itu mara selepas memperagakan aksi tenang dan balingan sempurna untuk menewaskan gandingan Kanada, Leanne Chinery-Kelly McKerihen 18-5 pada aksi separuh akhir.

Sebelum itu, mereka menewaskan gandingan India, Lovely Choubey-Rupa Rani Tirkey 17-11 pada aksi suku akhir.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Muhammad Soufi Rusli yang tewas di suku akhir singles lelaki di tangan pemain Scotland Darren Burnett 13-21.

Scotland sekali lagi menjadi penghalang skuad fours lelaki negara apabila tewas 12-13 pada suku akhir.

Disiarkan pada: April 12, 2018 @ 3:10pm
d