arena

Kuartet 4x100m mara final

Oleh Daripada Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid di Gold Coast

KUARTET 4x100 meter negara membuktikan keupayaan mereka di pentas Sukan Komanwel apabila menempah tiket ke final di Stadium Carrara, hari ini.

Kuartet dianggotai Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Badrul Hisham Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan itu melakukan catatan masa 39.39 saat (s) untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik sekali gus mara ke final.

Catatan itu bagaimanapun gagal menyamai rekod kebangsaan yang dilakukan mereka di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu 39.27s.

Final acara itu akan diadakan tengahari esok waktu Malaysia.

Disiarkan pada: April 13, 2018 @ 11:59am
d