mutakhir

Insya-Allah, menang kes saman fitnah di London

Oleh Helmy Abd Rahman

PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkeyakinan tinggi keputusan akan berpihak kepadanya dalam kes saman fitnah terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London, minggu depan.

Difahamkan, perbicaraan kes itu akan disambung semula esok dan keputusan dapat diketahui beberapa hari selepas itu.

"Kita dah hantar dokumen-dokumen penting melalui wakil peguam kita di sini... peluang kita 80 peratus akan berjaya, insya-Allah.

"Kita dah minta dia (Rewcastle-Brown) meminta maaf tetapi dia enggan, maka kita teruskan (saman)," kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Ceramah Perdana dan Memperkenalkan Calon PAS Kawasan Marang di Pasar Binjai Rendah di Marang, malam tadi.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Ia berikutan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta sebagai usaha untuk menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Ditanya mengenai jumlah tuntutan itu, Abdul Hadi berkata, ia membabitkan nilai yang wajar di United Kingdom (UK).

Disiarkan pada: April 29, 2018 @ 12:03pm
d