rap

'Saya bukan penyanyi latar sepenuh masa'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

JUARA AF2016, Amir Masdi, 22, menjelaskan, dia bukan bekerja sebagai penyanyi latar sepenuh masa sebaliknya muncul memberi bantuan kepada juara Mentor Otai, Elvira untuk melengkapkan persembahannya.

“€œSaya dihubungi oleh pihak pengurusan Elvira untuk menjadi penyanyi latar dalam persembahannya di konsert final Mentor Otai, semalam.

“€œSaya pernah berada di tempatnya sebagai peserta dalam program realiti TV dan tanpa berfikir panjang, saya terus menerima pelawaan mereka,”€ katanya kepada Harian Metro.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi berkata, bukan dia saja artis yang menjadi penyanyi latar ketika itu.

Namun, mungkin kerana sudut kamera menampakkan wajahnya membuatkan ramai salah faham.

“€œSelain saya, ada beberapa rakan artis lain yang turut serta antaranya Maulana AF8 dan Dina Nadzir,”€ katanya.

Ketika Elvira menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku dan Nur Nilam Sari, duet bersama Azlan (Azlan & The Typewriter), ramai yang menulis di media sosial mengenai kemunculan Amir sebagai penyanyi latar.

Ada beranggapan dia kini bekerja sepenuh masa sebagai penyanyi latar dan sudah tidak aktif sebagai penyanyi solo.

Disiarkan pada: April 30, 2018 @ 2:36pm
d