utama

PM terima kunjungan Sultan Brunei

Oleh Wartawan NSTP

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, tiba di di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini.

Baginda tiba 11.43 pagi dengan memandu sendiri kereta Mercedes serta diiringi rombongannya.

Turut bersama baginda di dalam kenderaan itu Putera Abdul Mateen.

Difahamkan, ketibaan Sultan Brunei menjadikan kunjungan pertama pemimpin negara luar selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Dr Mahathir selesai mengadakan Mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan ketua-ketua setiausaha (KSU) kementerian yang berakhir kira-kira 11 pagi tadi.

Disiarkan pada: May 14, 2018 @ 12:10pm
d