mutakhir

Isu SSER: Guan Eng arah lapor kepada SPRM

Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Manirajan Ramasamy

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng telah mengarahkan pegawainya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) minggu lalu.

Guan Eng berkata, beliau juga telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara ini.

"Kementerian Kewangan selaku pemilik SSER akan mengambil langkah untuk mengambilalih syarikat berkenaan sementara menunggu siasatan dijalankan.

"Ahli Lembaga Pengarah dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar terutamanya perlu menjawab mengapa SSER telah menandatangani satu perjanjian yang berat sebelah dan menggugat kepentingan rakyat dan negara.

"Saya juga mengalukan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan mengapa dan bagaimana beliau boleh meluluskan transaksi berkaitan SSER ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, kerajaan juga akan mendapatkan bantuan kerajaan China untuk menjejak kembali segala pengaliran wang tunai di negara China bagi menyiasat kebarangkalian berlakunya pengubahan wang haram membabitkan skandal SSER itu.

Berita berkaitan:

Bongkar rahsia RM9.4b fail merah [METROTV]

Disiarkan pada: June 5, 2018 @ 6:25pm
d