mutakhir

Rezeki Tetamu Penjaga Dua Kota Suci

Oleh Ahmad Suhael Adnan

SERAMAI 30 individu dalam kalangan pengamal media, wakil kerajaan, jabatan agama, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) terpilih dalam program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci, tahun ini.

Semua individu berkenaan diraikan dalam satu majlis di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan meluangkan masa beramah mesra serta menyampaikan cenderahati kepada peserta program berkenaan.

Delegasi Malaysia dalam program itu diketuai bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, yang akan dibawa mengerjakan haji di Makkah bermula 12 Ogos hingga 27 Ogos depan.

Antara peserta lain turut terpilih adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.

Selain itu, Pengarang Eksekutif Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung.

Disiarkan pada: August 6, 2018 @ 10:57pm
d