rap

'Semoga Kristal dapat vokalis terbaik'

Oleh Najiy Jefri

“SAYA doakan yang terbaik untuk Kristal dan semoga maju jaya,” kata bekas vokalis kumpulan Kristal kini dikenali Lan Solo.

Dia berkata sebagai mengulas pencarian vokalis baru kumpulan itu yang akan dibuat tidak lama lagi.

Lan berkata, dia turut berharap kehadiran vokalis baru dalam kumpulan itu bakal memberi impak baru kepada perjalanan seni mereka.

“Saya harap projek mereka mencari vokalis baru menggantikan saya akan memberi pembaharuan baik untuk kumpulan berkenaan,” katanya ringkas.

Menurut Lan, dia menganggap pengundurannya daripada band rock itu memberi kesan positif kepada kedua pihak.

“Saya lihat pengunduran daripada kumpulan Kristal secara tidak langsung memberi kesedaran masing-masing akan lebih bersemangat membina karier seni.

“Dulu mungkin tak ada kesedaran maju ke depan. Saya teruja melihat kumpulan Kristal optimis mengembangkan karier,” katanya pada program Siaran Luar Suria Bersama Mydin di Mydin USJ, baru-baru ini.

Terdahulu Lan mengundur diri daripada Kristal selepas pemain gitar kumpulan itu, Rody merehatkan dia kerana mahu mencari vokalis baharu pada November tahun lalu.

Selain Lan, kumpulan ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Rody (Muhamad Rodi Baharudin), Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

Disiarkan pada: August 20, 2018 @ 6:45pm
d