mutakhir

Dua sekeluarga dikhuatiri lemas

Oleh Mohd Sabran Md Sani

PERCUTIAN keluarga bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas ketika mandi bersama di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadhli Ismail berkata, dua mangsa yang mempunyai pertalian saudara itu adalah Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, dan Muhammad Norhakimi Rejab, 20.

Katanya, lapan anggota bersama sebuah jentera membantu mencari mangsa sejurus menerima panggilan kejadian itu pada jam 8.32 pagi.

“Laporan awal diterima membabitkan dua mangsa dipercayai lemas ketika mandi laut.

“Usaha mencari mangsa dilakukan dengan bantuan empat anggota polis,” katanya dalam kenyataan di Kota Tinggi, hari ini

Disiarkan pada: September 10, 2018 @ 1:58pm
d