mutakhir

SAR ditangguh akibat hujan - Polis

Oleh Fazrik Kamarudin dan Nurul Hidayah Bahaudin

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di lombong Taman Putra Perdana berhampiran kawasan perumahan D’Island, Puchong dihentikan buat sementara waktu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, operasi itu ditangguhkan selepas penyelam Pasukan Polis Marin (PPM) tidak mahu mengambil risiko membahayakan nyawa berdepan arus deras di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan penilaian bagi memastikan keadaan selamat sebelum sebarang tindakan diambil.

“Selepas kejadian malam tadi, kita tidak mahu insiden sama berulang, pasukan penyelamat akan memastikan lokasi selamat sebelum menjalankan operasi.

“Memandangkan keadaan hujan, kita terpaksa menghentikan sementara operasi dan akan memulakan operasi mencari dan menyelamat sebaik hujan reda.

“Sebaik reda, kita akan meneruskan semula operasi. Operasi akan berjalan sehingga mangsa ditemui,” katanya.

Lagi berita berkaitan Tragedi 6 Bomba Lemas

Disiarkan pada: October 4, 2018 @ 1:04pm
d