arena

Veteran Balai Berita atasi Veteran BSN

Oleh HM Digital

PASUKAN Veteran Balai Berita mengalahkan pasukan Veteran Bank Simpanan Nasional (BSN), 3-1 dalam perlawanan persahabatan bola sepak di padang BSN, Kajang, baru-baru ini.

Veteran BSN yang diketuai Ketua Pegawai Perniagaan BSN Mujibburrahman Abd Rashid turut diperkuatkan dengan bekas pemain berpengalaman beraksi baik dan mempamerkan semangat kesukanan tinggi.

Mujibburrahman berkata, walaupun pasukannya tewas, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan begitu tinggi.

“Perlawanan persahabatan ini adalah salah satu cara untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama kakitangan BSN dan rakan-rakan media.

“Selain menggalakkan gaya hidup sihat melalui acara sukan bola sepak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat NSTP Wan Abdillah Wan Nawi berkata, aktiviti sukan itu perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

“Bukan hanya bola sepak malah, acara sukan lain seperti bola tampar, badminton dan sepak takraw boleh dianjurkan pada masa depan,” katanya.

Disiarkan pada: October 30, 2018 @ 3:40pm
d