utama

Tiga maut, tiga parah

Oleh Ramli Ibrahim

TIGA maut dan tiga lagi parah apabila kereta bertembung dengan lori di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan itu berlaku pada 3.30 petang berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh.

Beliau berkata, pemandu kereta dan seorang penumpang serta pemandu lori maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Katanya, tiga lagi yang parah iaitu kelindan lori dan dua penumpang kereta, dikejarkan ke Pusat Kesihatan Bandar Chiku di Gua Musang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti.

"Kejadian itu berlaku apabila ketika kereta itu datang dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai cuba memotong kenderaan lain.

Disiarkan pada: November 14, 2018 @ 5:51pm
d