mutakhir

[UPDATE] Hadapan kuil terus sesak...

Oleh Wartawan NSTP

LEBIH 2,000 orang berkumpul di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya sejak 8 malam ini susulan insiden di rumah ibadat berkenaan, awal pagi hari ini.

Mereka didapati mula memenuhi laluan di Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP) hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk menghala ke Shah Alam.

Tinjauan NSTP mendapati sebanyak tujuh trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di hadapan kuil berkenaan sejak jam 10.30 malam bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, trak berkenaan termasuk kenderaan awam tidak dapat bergerak sejak satu jam lalu apabila ditahan kumpulan individu terbabit.

Terdahulu, kira-kira jam 9 malam, sebuah Perodua Kembara milik orang awam turut dikerumun ketika melalui hadapan kuil berkenaan.

Difahamkan, sehingga jam 11.30 malam ini, pasukan FRU belum melakukan sebarang tindakan kerana dihalang untuk masuk ke lokasi terbabit.

Berita berkaitan

Polis bertindak cekap, patuhi SOP

[UPDATE] 17 lelaki sudah ditahan

'Hati-hati keluar kenyataan...' - Muhyiddin

Rusuhan kuil: Polis minta semua bertenang!

Rusuhan kuil: Waytha Moorthy salahkan polis

Polis berkawal sampai keadaan tenang

Bergaduh sampai 18 kenderaan terbakar

[UPDATE] Tiada unsur perkauman kata polis

Kenapa kau bakar rumah kongsi pula? [METROTV]

Rusuhan kuil: Waytha Moorthy hubungi TKPN

Rusuhan kuil: Pemaju tak terbabit

'Mungkin ada kesalahan tatabahasa' - MB Selangor

Disiarkan pada: November 26, 2018 @ 11:55pm
d