CUACA hujan tidak menghalang beberapa anggota polis bantuan dari Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) mengalihkan dua kenderaan yang terbakar di jalan hadapan Kuil Maha Mariamman, USJ 25, di Subang Jaya, hari ini.
Kira-kira 10 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya membantu proses pemindahan itu termasuk mengawal aliran trafik.
Keadaan di sekitar kuil terbabit masih tenang dan terkawal selepas kumpulan perusuh dianggarkan kira-kira 1,000 orang awam bersurai dari lokasi terbabit sekitar jam 4.45 pagi tadi.
Sementara itu, lebih 10 pengamal media tempatan berkumpul di kuil itu bagi mendapatkan maklumat baharu berhubung kes rusuhan yang menyebabkan seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah.
Difahamkan, wakil kuil terbabit akan mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini, di sini bagi menjawab segala persoalan berbangkit.
Berita berkaitan
• Rusuhan kuil: 4 lagi ditahan
• Rusuhan kuil: Bomba dibelasah kini di ICU
• Rusuhan kuil: Bomba dibelasah kini di ICU
• Rusuhan kuil: Bomba pun kena belasah
• [UPDATE] Hadapan kuil terus sesak...
• Polis bertindak cekap, patuhi SOP
• [UPDATE] 17 lelaki sudah ditahan
• 'Hati-hati keluar kenyataan...' - Muhyiddin
• Rusuhan kuil: Polis minta semua bertenang!
• Rusuhan kuil: Waytha Moorthy salahkan polis
• Polis berkawal sampai keadaan tenang
• Bergaduh sampai 18 kenderaan terbakar
• [UPDATE] Tiada unsur perkauman kata polis
• Kenapa kau bakar rumah kongsi pula? [METROTV]
• Rusuhan kuil: Waytha Moorthy hubungi TKPN