utama

Tahniah Sasqia... [METROTV]

Oleh Michelle Gun

DENGAN sekali kali lafaz, pelakon Sasqia Dahuri kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan hartanah Singapura, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan.

Pasangan itu disatukan pada majlis akad nikah yang berlangsung di ibu kota, malam tadi.

Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, Ustaz Muhamad Nazri Ramli.

Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri diwalikan bapanya, Datuk Ahmad Dahuri Mahmud dan menerima mas kahwin sebanyak RM80.

Pelakon Lara Aishah ini menyerahkan sebanyak lima dulang hantaran dan dibalas dengan jumlah sama dari pihak pengantin lelaki.

Hadir adalah rakan selebriti Aisyah Aziz dan Dayah Bakar.

Sasqia, 33, dan Asyraff, 28, mengikat tali pertunangan pada Januari lalu selepas lima bulan berkenalan.

Anak sulung dari tiga beradik itu mengenali Asyraff ketika menghadiri sebuah acara di Singapura, tahun lalu.

Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung esok (Ahad) manakala pihak lelaki pada 29 Disember ini.

Disiarkan pada: December 15, 2018 @ 10:54pm
d