rap

Empat protege berentap di final Mentor 7

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

EMPAT protege program Mentor 7 iaitu Pasya, Zaaim, Ranisha dan Azmirul diumumkan layak ke pentas akhir Mentor 7 yang akan berlangsung pada 30 Disember ini.

Mereka adalah protege kepada mentor Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana yang menyampaikan dua lagu iaitu persembahan solo dan duet bersama mentor masing-masing.

Sebelum itu, seorang lagi peserta Lazarul menyampaikan lagu solo I Have Nothing dan berduet dengan Syafinaz menerusi lagu 'O Sole Mio.

Seorang lagi protege Syafinaz, Ranisha menyampaikan lagu solo And I Am Telling You dan berduet dengan mentornya menerusi lagu Loving You.

Pasya pula menyanyikan lagu I Don't Wanna Miss A Thing dan Juwita Citra Terindah berduet dengan Aizat.

Azmirul tampil menyampaikan lagu Hampa dan Nakal berduet dengan Hafiz.

Protege keempat, Zaaim yang menjadi peserta favourite penonton menyampaikan lagu Seroja dan medley Hindustan bersama Siti Nordiana.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi Lazarul apabila terpaksa menamatkan perjalanan pada separuh akhir, sekali gus gagal ke Pentas Akhir Mentor 7.

Mentor 7 disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam dan diacarakan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan.

Datuk Wah Idris dan Mas Idayu pula ditampilkan sebagai juri program ini.

Disiarkan pada: December 24, 2018 @ 12:41am
d