mutakhir

3 parah MPV terbabas

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

TIGA parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki 13 individu terbabas di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, berhampiran pintu gerbang Sungai Sam, Kuala Krai, hari ini.

Dalam kejadian 7.15 pagi itu, 10 mangsa yang lain dilaporkan cedera ringan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).

Difahamkan, kesemua mangsa terdiri daripada lapan lelaki dan lima perempuan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit terbabas di bahu jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan berkata, sebaik anggota bomba tiba di lokasi, kesemua mangsa sudah dikeluarkan orang awam.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) menggunakan kenderaan bomba. Pihak bomba juga memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.

Disiarkan pada: December 27, 2018 @ 6:55pm
d