arena

Newcastle atasi Burnley

Oleh Reuters

JARINGAN menarik daripada Fabian Schar dan gol pertama pemain muda Sean Longstaff buat Newcastle United mencatat kemenangan selesa, 2-0 ke atas Burnley, pagi ini.

Kemenangan keempat berturut-turut di gelanggang sendiri membolehkan pasukan bimbingan Rafa Benitez mendaki di tangga ke-13 liga mengatasi Burnley sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah Burnley dalam lapan perlawanan.

Pemain pertahanan Switzerland, Schar menghasilkan jaringan pada jarak 28 meter dari gol untuk menewaskan penjaga gawang Burnley Tom Heaton pada minit ke-24 permainan.

Penjaga gol tuan rumah Martin Dubravka bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan sepakan voley daripada penyerang Burnley, Chris Wood ketika pasukan pelawat berusaha menjaringkan gol.

Newcastle mendahului 2-0 apabila pemain tengah kelahiran Newcastle, Longstaff menghidu peluang menjaringkan gol untuk menewaskan Heaton.

Pemain pertahanan Burnley James Tarkowski terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama beraksi namun pasukan bimbingan Sean Dyche dilihat beraksi di luar tahap sebenar dan sukar mencipta peluang pada babak kedua permainan.

Disiarkan pada: February 27, 2019 @ 11:20am
d