“SAYA terkejut kerana dua rakan menjadi mangsa tragedi tembakan rambang di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, semalam,” kata Johari Yeap Abdullah, 44.
Johari berkata, dua rakannya, Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dan Mohd Tarmizi Shuib, 42, adalah rakan baiknya ketika dia tinggal di negara berkenaan pada 2007 hingga 2011.
Katanya, hubungan mereka sangat rapat ketika berada di sana dan masih berhubung menerusi Facebook untuk mengetahui perkembangan masing-masing.
“Saya tidak sangka rakan turut terkena tembakan rambang itu yang diketahui pada jam 3 petang semalam menerusi aplikasi WhatsApp.
“Saya berdoa supaya dua rakan dan mangsa lain yang cedera terkena tembakan itu cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.
Johari yang juga ahli perniagaan berkata, hubungan mereka sangat rapat kerana sentiasa berkumpul bersama dan pergi ke masjid Masjid Al Noor kerana jaraknya yang dekat dengan rumah di sana, iaitu 10 minit sahaja.
Katanya, mereka kenal kerana isteri masing-masing sambung belajar di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di negara itu.
Dalam kejadian itu, Mohd Tarmizi dilaporkan cedera di bahagian belakang badan dan menetap di New Zealand sejak lebih setahun lalu bersama keluarganya.
Manakala, Mohd Nazril cedera di kaki dan belakang badan berhijrah di negara berkenaan sejak Januari lalu bersama tiga anaknya.
Berita berkaitan
• Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia
• 'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'
• Budak 3 tahun korban paling muda
• Manifesto gila angkara masjid berdarah
• Manifesto gila angkara masjid berdarah
• Pengganas berfahaman Neo-Facism
• Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km
• Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch
• Ibu Rahimi ke New Zealand esok
• 'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'
• Tembakan selepas azan pertama
• 'Jangan kongsi video tembak'
• 'Saya hanya nak suami selamat'
• [UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini
• [UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera
• Azmin kutuk kejadian tembakan rambang
• 'Suami biasa solat di masjid itu'
• [UPDATE] Seorang rakyat kita cedera
• Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch
• Tembakan dalam masjid di New Zealand