WELLINGTON: Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang terbabit kejadian 49 jemaah ditembak mati di New Zealand menghantar emel mengandungi manifestonya ke Pejabat Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern beberapa minit sebelum melakukan serangan itu.
CNN melaporkan, Ketua Setiausaha Akhbar Adern, Andrew Campbell, mengesahkan emel berkenaan diterima beberapa minit sebelum lelaki itu memasuki Masjid Al Noor di Christchurch dan melepaskan tembakan.
Menurutnya, emel itu dihantar ke alamat akaun emel yang dikendalikan kakitangan pejabat perdana menteri namun tidak dilihat atau dibaca Ardern.
Manifesto 87 muka surat pembunuh itu mengandungi sokongan kepada kuasa kulit putih, kenyataan anti- pendatang dan idea anti-Islam, turut disiarkan di media sosial sebelum serangan.
Tarrant turut menghantar emel mengandungi manifesto itu kepada tokoh pembangkang, Speaker Parlimen dan kira-kira 70 media.
Menurut jurucakap pejabat perdana menteri, emel berkenaan bagaimanapun, tidak menggambarkan kejadian secara khusus dan ‘tiada dalam kandungan atau masa yang boleh menghalang serangan’.
Kakitangan pejabat yang memantau akaun emel menghantar emel itu kepada perkhidmatan Parlimen sebaik melihatnya yang kemudian diserahkan kepada polis.
Berita berkaitan
• Pecah telur di kepala senator [METROTV]
• Milo Yiannopoulos dihalang memasuki Australia
• 'Tolong bawakan berita baik tentang anak saya'
• Pelajar kita diminta berwaspada
• Segera hantar keluarga mangsa ke NZ - Saifuddin
• Terkejut dua rakan jadi mangsa pengganas
• Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia
• 'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'
• Budak 3 tahun korban paling muda
• Manifesto gila angkara masjid berdarah
• Pengganas berfahaman Neo-Facism
• Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km
• Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch
• Ibu Rahimi ke New Zealand esok
• 'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'
• Tembakan selepas azan pertama
• 'Jangan kongsi video tembak'
• 'Saya hanya nak suami selamat'
• [UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini
• [UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera
• Azmin kutuk kejadian tembakan rambang
• 'Suami biasa solat di masjid itu'
• [UPDATE] Seorang rakyat kita cedera
• Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch
• Tembakan dalam masjid di New Zealand