PEJABAT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand di Wellington, memaklumkan kerajaan negara berkenaan sudah memaklumkan mengenai penemuan mayat terbaru susulan insiden tembakan, Jumaat lalu.
Pegawai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata, setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai kerakyatan individu terbabit namun pemantauan rapi
berhubung sebarang perkembangan terkini akan terus dilakukan.
Menurutnya, setakat ini tiga rakyat negara ini yang dirawat di Hospital Hospital Christchurch dilaporkan stabil terus mendapat pemantauan rapi pasukan perubatan hospital berkenaan.
Beliau berkata,mangsa Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu masing-masing Rahimi Ahmad, 39, Mohd Nazril Hisham Omar, 46,dan Mohd Tarmizi Shuib, 42, manakala seorang lagi masih dilaporkan hilang.
“Kerajaan New Zealand ada memaklumkan mengenai penemuan satu mayat susulan insiden berkenaan namun setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai kerakyatan individu terbabit.
“Pejabat Pesuruhjaya Tinggi akan terus memantau rapi sebarang perkembangan insiden ini. Berdasarkan maklumat dari pegawai di Christchurch, semua mangsa kini stabil dan masih dipantau pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Beliau berkata, pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi juga akan memberikan bantuan kepada ahli keluarga dari Malaysia yang tiba di negara berkenaan untuk melawat mangsa di hospital.
Katanya, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington boleh dihubungi di talian 00-64-210440188/00-64-4385 2439/00-64-4801 5659 dan emel mwwellington.kln@1govuc.gov.my dan mwwelton@xtra.co.nz.
Ketua Polis New Zealand Mike Bush dalam sidang media dilaporkan berkata, mengesahkan angka kematian meningkat kepada 50 orang selepas satu mayat ditemui di satu daripada lokasi kejadian berdarah itu.
Lelaki warga Australia Brenton Tarrant, 28, suspek utama dalam kejadian berdarah itu sudah dihadapkan ke mahkamah di Christchurch semalam atas tuduhan
membunuh 49 jemaah dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.
Berita berkaitan
• Pecah telur di kepala senator [METROTV]
• Milo Yiannopoulos dihalang memasuki Australia
• 'Tolong bawakan berita baik tentang anak saya'
• Pelajar kita diminta berwaspada
• Segera hantar keluarga mangsa ke NZ - Saifuddin
• Terkejut dua rakan jadi mangsa pengganas
• Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia
• 'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'
• Budak 3 tahun korban paling muda
• Masjid berdarah angkara manifesto gila
• Pengganas berfahaman Neo-Facism
• Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km
• Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch
• Ibu Rahimi ke New Zealand esok
• 'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'
• Tembakan selepas azan pertama
• 'Jangan kongsi video tembak'
• 'Saya hanya nak suami selamat'
• [UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini
• [UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera
• Azmin kutuk kejadian tembakan rambang
• 'Suami biasa solat di masjid itu'
• [UPDATE] Seorang rakyat kita cedera
• Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch
• Tembakan dalam masjid di New Zealand