arena

Buaya pun nak 'main' golf [VIDEO]

Oleh Agensi

“DUDE, ada raksasa! : jerit seorang pemain golf kepada rakannya ketika melihat kehadiran seekor buaya dianggarkan sepanjang 3.3 meter yang menceroboh lapangan golf di Georgia.

Ed Vance dan rakan sedang bersiap sedia untuk melakukan pukulan di lubang ke-17 di lapangan golf Savannah, Georgia.

Secara tiba-tiba buaya berkenaan melintas di lapangan berkenaan menuju ke kawasan tasik berhampiran.

Vance berkata dia dapat mendengar gerakan reptilia itu. Malah video rakaman buaya berkenaan yang berdurasi 2 minit 25 saat mula tular sejak semalam.

Bercakap selepas kejadian yang dilaporkan berlaku Ahad lalu, Vance mendakwa : “Kami tidak takut, kami sudah bersedia. Kami sering melihat buaya di lapangan itu hampir setiap masa namun bukan dengan saiz dan bertindak seperti itu. Haiwan itu biasanya akan terbaring berhampiran tasik dan berada dalam tasik berhampiran lapangan golf.

“Apabila reptilia itu merangkak keluar dari semak samun berhampiran lapangan itu membuatkan kami terkejut apabila saiznya yang besar.

“Ia sekurang-kurangnya dua atau lebih tiga meter panjang.”

Mereka yang mengikut Jelajah PGA pastinya melihat kehadiran buaya di lapangan golf Florida dan Georgia.

Disiarkan pada: March 27, 2019 @ 8:28pm
d