arena

Hamilton juara GP Bahrain

Oleh Reuters

JUARA dunia lima kali, Lewis Hamilton yang mewakili Mercedes memenangi perlumbaan Grand Prix Bahrain, Litar Sakhir, Manama, sebentar tadi.

Perlumbaan itu turut menyaksikan kerosakan enjin kenderaan yang dialami Charles Leclerc sekali gus menafikan peluang untuk kejayaan pertama Formula Satu pada perlumbaan kedua pelumba itu bersama Ferrari.

Pelumba dari Monaco, Leclerc yang memulakan perlumbaan di petak utama buat pertama kali, kehilangan pecutan ketika mendahului pada baki 10 pusingan dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan tambahan mata untuk pusingan terpantas.

Valtteri Bottas yang memenangi perlumbaan pembukaan di Australia, menduduki tempat kedua untuk berada di kedudukan teratas carta kejuaraan mengikut mata mengatasi rakan sepasukannya, Hamilton.

Perlumbaan itu tamat di belakang kenderaan keselamatan selepas kedua-dua wakil Renaults memberhentikan kenderaan di atas litar.

Disiarkan pada: April 1, 2019 @ 1:16am
d