mutakhir

Beras terbakar lori masuk gaung

Oleh Recqueal Raimi

Seorang lelaki bernasib baik kerana sempat diselamatkan orang awam sebelum lori dipandunya terbakar selepas terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu berhampiran Pusat Informasi Raflesia, Tambunan, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.35 pagi itu, mangsa belum diketahui identiti hanya mengalami cedera ringan dan dihantar orang awam ke Hospital Tambunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tambunan, Desmond Micky@Dominic berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.41 pagi, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, lori itu dipandu dari arah Kota Kinabalu menghala Tambunan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi.

Desmond berkata, api berjaya dipadamkan pada 7.31 pagi dan pihaknya melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya 7.47 pagi manakala punca kejadian sebenar dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

1. Keadaan treler 10 tan membawa muatan beras yang terbabas ke dalam gaung sedalam sepuluh meter lalu terbakar di Jalan Tambunan - Kota Kinabalu berhampiran Pusat Informasi Raflesia, Tambunan.

tamat

From: junaidi

Disiarkan pada: April 11, 2019 @ 11:35am
d