global

113 aktivis diberkas kerana sekat jalan

Oleh Reuters

LONDON: Polis British menahan seramai 113 orang susulan tindakan aktivis perubahan iklim menyekat beberapa jalan utama di bandar ini.

Bantahan diketuai Extinction Rebellion itu bagi mendesak kerajaan mengambil langkah sewajarnya menangani masalah perubahan iklim.

Aktivis mendesak kerajaan mengisytiharkan kecemasan iklim dan ekologi serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar menjelang 2025. 

“Seramai 113 sudah ditahan dan sebahagian mereka melanggar Seksyen 14, Notis Akta Perintah Awam 1986 dan menghalang lebuhraya,” kata jurucakap polis London.

Katanya, lima orang diberkas selepas bantahan dilakukan di bangunan Shell berhampiran Sungai Thames.

Disiarkan pada: April 16, 2019 @ 6:15pm
d